Bas ekspres terbakar, 14 selamat

Iklan
Bahagian belakang bas ekspres dua tingkat terbakar dan orang awam membantu memadam kebakaran bas ekspres di R&R Sungai Perak hari ini.

KUALA KANGSAR - Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah terbakar di kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.55 petang itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan apabila 12 penumpang bas dan dua pemandu sempat menyelamatkan diri.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, sepasukan anggota balainya serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati api sedang marak membakar bahagian belakang bas ekspres dua tingkat itu.

Iklan

"Anggota bertugas kemudiannya bertindak memadamkan kebakaran tersebut dan berjaya mengawalnya dalam tempoh 10 minit," katanya.

Menurutnya, operasi pemadaman masih diteruskan dan bas itu musnah hampir 80 peratus.

Iklan