KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi kepulan asap tebal sebentar tadi selepas ruangan simpanan di tingkat satu terbakar.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.26 petang dan menghantar 30 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dibantu BBP Titiwangsa serta Hang Tuah.