Tindakan tegas SPRM jadi faktor kurang rungutan

Iklan
SPRM

SHAH ALAM - Tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara saban minggu antara faktor utama kurang rungutan terhadap gejala rasuah.

Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW), Jais Abdul Karim berkata, faktor itu menjadi asas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu keli ke-2, kelmarin.

Iklan
Iklan

Katanya, itu adalah perkara yang sangat ditunggu oleh rakyat di samping beberapa kes ketika pimpinan terdahulu menjadi pemerhatian SPRM.

"Kerajaan hari ini baru berusia tujuh bulan dan sudah semestinya mustahil untuk kerajaan hapus rasuah dalam tempoh terdekat ini.

Iklan

"Secara keseluruhan, warga penjawat awam antara bilangan terbanyak melakukan rasuah dan salah guna kuasa di negara kita. Saya setuju bahawa ia kurangnya rungutan kerana mereka juga risau melihat ketegasan kerajaan terutama SPRM jalankan pendakwaan hampir setiap hari," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, namun pada masa sama, jika dilihat di media sosial terdapat banyak laporan kes rasuah yang dijawab segera dengan kementerian berkenaan seperti kes di mana ada seorang guru melaporkan sekolah membeli alat pembesar suara dengan harga RM6,000 walaupun harga mungkin kira-kira RM1,500.

Iklan

"Pihak kementerian telah keluarkan kenyataan segera untuk jawab perkara itu adalah tidak benar. Tindakan segera oleh kementerian berkenaan amat pnting dan berjaya kurangkan rungutan sebegini," katanya.

Tambahnya, dalam usaha Dr Mahathir memacu negara ke arah kemajuan semestinya negara luar tidak mahu mendengar tentang kes rasuah berlaku di Malaysia.

"Tindakan dalaman dibuat kerajaan amat bertepatan dan mungkin hal berkaitan rasuah perlu dicakap dalam aspek positif bahawa kerajaan Malaysia telus dan berintegriti," katanya.