DEAUVILLE - Bekas bintang James Bond, Pierce Brosnan memuji aktivis alam sekitar Sweden, Greta Thunberg susulan perjuangan memelihara alam sekitar namun turut mengingatkan remaja berkenaan agar berhati-hati.
Brosnan menyifatkan Thunberg sebagai wanita muda yang menakjubkan namun dalam komen kepada AFP di Festival Filem Deauville yang berlangsung di Perancis, pelakon itu berkata, aktivis terbabit perlu dilindungi.
Turut menggesa orang ramai terlibat aktif dalam urusan menjaga alam sekitar, Brosnan yang memegang watak Bond sebanyak empat kali antara tahun 1995 dan 2002 menjadikan Thunberg sebagai contoh.