Kisah 'Grandpa Wong'

Iklan
'Grandpa Wong' berani menjadi pelindung kepada golongan muda yang menyertai protes pro-demokrasi Hong Kong. - Foto AFP

HONG KONG - Di sebalik ribuan penunjuk perasaan muda yang menyertai protes pro-demokrasi di Hong Kong, kelihatan susuk tubuh 'Grandpa Wong' mengangkat tinggi tongkatnya di atas kepala sambil merayu polis agar berhenti menembak gas pemedih mata.

Meskipun meniti usia 85 tahun, 'Grandpa Wong' masih kuat berada di barisan hadapan pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Warga emas berkenaan sering kelihatan meletakkan dirinya di antara polis rusuhan dan penunjuk perasaan tegar dengan harapan dapat meredakan pertempuran yang berlaku saban hari.

"Saya rela mereka membunuh golongan tua daripada memukul pemuda.

Iklan

"Kami sudah tua namun golongan muda adalah masa depan Hong Kong," kata 'Grandpa Wong' kepada AFP ketika ditemui di Causeway Bay.

Kajian akademik menunjukkan separuh daripada penunjuk perasaan yang menyertai protes berusia antara 20 dan 30 tahun.

Iklan

Namun gerakan antikerajaan itu turut disokong sekumpulan warga emas digelar 'silver hairs' yang turut serta dalam himpunan.

'Grandpa Wong' masih kuat untuk menyertai protes di jalanan. - Foto AFP

Namun 'Grandpa Wong' dan seorang lagi rakan seperjuangan, 'Grandpa Chan' berusia 73 tahun merupakan yang paling aktif dalam kalangan generasi lebih tua.

Mereka berdua merupakan ahli kumpulan 'Protect the Children' yang terdiri daripada warga emas dan sukarelawan.

Hampir setiap minggu, mereka cuba menjadi orang tengah antara polis dan penunjuk perasaan selain cuba melengahkan waktu agar penunjuk perasaan sempat melarikan diri ketika polis mula bertindak.

'Grandpa Wong' berkata, dia faham mengapa golongan muda berasa mereka tidak mempunyai pilihan selain melakukan protes.

"Sekiranya Parti Komunis China memasuki Hong Kong, ia akan menjadi seperti Guangzhou.Pihak berkuasa boleh menahan anda bila-bila mereka mahu," keluh 'Grandpa Wong'.

Pengurus kumpulan 'Protect the Children, Roy Chan berkata, meskipun menghormati pengorbanan warga emas berkenaan namun mereka seharusnya menikmati sisa usia dan bukannya keluar di jalanan demi melindungi golongan muda.

Namun, dengan laungan 'Biar orang tua yang melindungi kamu' dan semangat yang masih ada 'Grandpa Wong' akan tetap terus melindungi golongan muda. - AFP