KUALA LUMPUR - Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Keberangkatan tiba Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara di sini disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.