Guan Eng tak faham keperitan golongan B40

Iklan
Paparan skrin kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Facebooknya.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak faham dengan keperitan yang dialami oleh golongan berpendapatan rendah (B40).

Dakwanya, ini kerana sejak Guan Eng menerajui Kementerian Kewangan, banyak bantuan dan sokongan kepada golongan itu ditarik balik.

Iklan
Iklan

"Dia (Guan Eng) tidak faham keperitan hidup dan keperluan golongan B40. Keadaan ekonomi juga semakin tidak stabil dan lembab.

"Kerajaan macam inikah yang rakyat nak bergantung harap?,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Iklan

Najib berkata, rakyat memerlukan kerajaan sebagai sistem sokongan kebajikan dan sememangnya itulah fungsi kerajaan.

Namun katanya, apa yang berlaku hari ini, rakyat sudah mula gelisah dengan situasi yang bakal mereka hadapi pada 2019.

Iklan

Berbanding kerajaan dahulu, Najib menjelaskan, BN menyediakan sokongan, bukan sahaja Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah beberapa bantuan lain khusus buat anak muda untuk memulakan perniagaan.

Katanya, bantuan yang diberikan sebelum ini bukanlah menunjukkan bahawa rakyat pemalas untuk lari daripada kemiskinan.

"Anak-anak Malaysia tidak malas. Anak-anak Malaysia sentiasa cuba cari pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Tiada orang yang memilih untuk jadi miskin.

"Kadang kala ada yang tidak dapat keluar dari kemiskinan atas banyak faktor, antaranya akibat kesempitan hidup, mereka hanya mampu memikir untuk mengisi perut hari demi hari sahaja,” katanya.