Johor peruntuk RM300,000 pembangunan hab belia di Mersing

Iklan
Sheikh Umar Bagharib Ali

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi membangunkan sebuah hab belia di Mersing.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal selepas mengadakan lawatan ke daerah itu baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Peruntukan diumumkan Menteri Besar ini diharap dapat menyediakan platform buat anak muda di jajaran timur Johor melakukan aktiviti seterusnya memainkan peranan lebih signifikan sebagai rakan pembangunan Mersing.

”Inilah juga manifestasi suara akar umbi anak muda diutarakan menerusi pendekatan kerajaan konsultatif yang mana pelan dan pembangunan dirangka dari idea akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Sheikh Umar berkata, pihaknya juga menzahirkan perasaan lega kerana akhirnya permintaan anak muda untuk memiliki pusat rekreasi sedemikian adalah perkara yang seringkali dituntut dalam setiap sesi pertemuan dihadirinya.

"Hasil siri 'town hall' jelajah saya di setiap daerah, mewujudkan hab belia adalah antara permintaan paling popular anak-anak muda di negeri ini. Namun saya harus bercakap jujur bahawa bajet kerajaan negeri mempunyai hadnya.

Iklan

"Namun, saya tetap positif jika kerajaan tidak mampu menyediakan hab belia di seluruh daerah sekalipun, paling tidak kami akan berusaha untuk memastikan beberapa daerah mewakili zon utara, selatan, tengah, timur dan barat Johor dapat disediakan,” katanya.

Beliau berkata, selain Mersing, daerah lain juga ada memohon untuk memiliki kemudahan berkenaan tetapi masih dipertimbangkan kerana isu bajet dari kerajaan yang masih belum stabil.