Bekas presiden ketiga Indonesia jalani rawatan intensif di hospital

Iklan
BJ Habibie

JAKARTA - Presiden ketiga Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut setiausaha peribadinya, Rubijanto, bekas presiden itu kini diberikan rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu semalam.

Iklan
Iklan

Menurut Rubijanto, semua pihak tidak dibenarkan untuk menziarahi BJ Habibie untuk sementara waktu ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menerima rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami"asphyxia". - Bernama