Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan bergambar ketika berangkat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka di Istana Negara di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Iklan
Iklan

Majlis yang bermula pada jam 3 petang itu dihadiri kira-kira 3,000 tetamu termasuk menteri Kabinet, duta-duta asing, pegawai kanan kerajaan serta penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan musikal oleh orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pasangan diraja itu turut berkenan meluangkan masa hampir 45 minit bersalaman, beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu jemputan.

Iklan

Majlis itu diakhiri dengan acara memotong kek oleh Seri Paduka. - Bernama