5 resolusi perkasa DUN Johor

Iklan
Suhaizan (kanan) menunjukkan draf cadangan penstrukturan Dewan Negeri kepada Sahruddin pada majlis berkenaan hari ini.

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyambut baik resolusi dicapai sempena Bengkel Memperkasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan akan meneliti bersama cadangan dikemukakan bagi menambah baik perjalanan DUN Johor.

Resolusi tersebut melibatkan lima cadangan yang akan diserahkan kepada beliau hasil daripada bengkel yang melabuhkan tirainya hari ini.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, lima cadangan berkenaan bertujuan membantu pelaksanaan pentadbiran kerajaan negeri yang lebih mantap dan efektif.

"Pertama, institusi DUN yang lebih besar selepas ini memerlukan jurutulis khusus dalam menumpukan urusan dewan sahaja dan dipisahkan daripada urusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) seperti amalan sekarang.

Iklan

"Kedua, terdapat keperluan mewujudkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan berbanding hanya tiga sahaja yang ada sekarang selain jawatankuasa itu perlu selari dengan amalan Parlimen di negara luar sejajar dengan Commonwealth Parlimentary Association (CPA).

"Ketiga adalah cadangan peruntukan RM800,000 setahun (kepada wakil rakyat Johor) perlu dilaksanakan tahun hadapan berbanding RM350,000 setahun pada masa ini dengan mekanisme penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat perlu lebih jelas, cepat, telus dan berkesan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup Bengkel Memperkasa DUN Johor di Fraser Palace di sini hari ini.

Majlis turut menyaksikan Dr Sahruddin merasmikan Portal DUN Johor bertujuan memastikan Dewan Negeri lebih dekat dan mesra rakyat.

Selain itu katanya, cadangan turut melibatkan penambahbaikan mutu perbahasan DUN Johor supaya wakil rakyat dapat menyampai maklumat kepada rakyat dengan lebih berkesan.

"Kelima, DUN Johor perlu lebih mesra rakyat, portal DUN Johor akan membantu rakyat lebih dekat dengan Dewan Negeri selain melaksanakan program 'outreach' bertemu dengan rakyat dan Dewan Anak Muda seperti yang dilaksanakan Parlimen Malaysia," katanya.