Lebih 2,000 ahli Umno dijangka sertai Bersatu

Iklan
Sazmi Miah

MACHANG - Lebih 2,000 ahli Umno termasuk pemimpin akar umbi di bahagian ini dijangka menyertai Bersatu pada Program Hijrah 3.0, awal tahun 2019.

Ketua Bahagian Bersatu Machang, Datuk Sazmi Miah berkata, gelombang keluar parti tersebut boleh dilihat dengan jelas selepas gelombang pertama pada Program Hijrah 2.0, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya menerima sambutan yang memberangsangkan yang mana bukan hanya di kalangan ahli biasa tetapi juga daripada pemimpin-pemimpin akar umbi .

Tambahnya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penyertaan ahli baharu termasuk di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno bagi sama-sama berkongsi idea untuk membangunkan bahagian ini.

Iklan

"Saya juga membuka ruang dan peluang kepada pemimpin-pemimpin Umno Machang bagi menyertai Bersatu. Ini bukan berkenaan maruah peribadi tetapi untuk kepentingan orang Melayu khususnya di Machang.

"Di Machang kita sudah melihat gelombang pertama kemasukan bekas ahli-ahli Umno pada Program Hijrah 2.0 seramai 1,500 orang. Seterusnya pada awal tahun depan, gelombang kedua akan berlaku dengan lebih ramai lagi pemimpin akar umbi Umno akan keluar parti dan memohon untuk menyertai Bersatu. Kita anggar lebih 2,000 akan keluar Umno pada gelombang kedua ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Iklan