Tekanan dari PH boleh jejaskan produktiviti penjawat awam

Iklan
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

ALOR SETAR - Kecenderungan kerajaan memberi tekanan kepada penjawat awam boleh menjejaskan motivasi serta mengurangkan produktiviti.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, tindakan itu juga bakal mengurangkan minat graduan dan anak muda untuk memilih sektor awam sebagai kerjaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekiranya manfaat dan kebajikan yang diperoleh penjawat awam dilenyapkan maka hilanglah keistimewaan jawatan itu.

"Jika skim pencen dihapuskan, hilanglah keistimewaan penjawat awam, antaranya pinjaman perumahan dan kenderaan pada kadar faedah rendah serta gaji konsisten.

Iklan

"Masa depan penjawat awam akan menjadi tidak stabil kerana berdepan dengan risiko penamatan kontrak,” katanya.

Syed Mohd Johan Rizal berkata, pihaknya akan menentang cadangan kerajaan ini yang disifatkan tidak berperlembagaan dan menggesa ia tidak diteruskan serta mengekalkan skim perkhidmatan lantikan tetap dan berpencen.

Iklan

"Sudahlah mereka hilang keistimewaan dalam kerajaan, malah berdepan pula kestabilan ekonomi dan keyakinan jika mahu lakukan pinjaman dengan bank.

"Gaji mungkin berubah mengikut kontrak atau ditamatkan kontrak dan pasti beri impak kepada institusi perbankan dalam meluluskan pinjaman,” katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO Kedah akan menjadi saluran menyuarakan bantahan kaki tangan kerajaan yang tidak boleh menyuarakan kegelisahan mereka secara terbuka.

"Kita mahu kerajaan pertingkatkan kemudahan, imbuhan, perlindungan keselamatan supaya produktiviti meningkat dan rakyat menikmati perkhidmatan kelas pertama, bukan kerajaan yang anggap penjawat awam umpama beban atau musuh,” katanya.

Syed Mohd Johan Rizal berkata, ketika pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak pelbagai usaha dilakukan dalam memperkasakan perkhidmatan awam, namun era Tun Dr Mahathir Mohamad kini seakan mengambil langkah ke belakang serta membelakangi Perlembagaan Negara, Perkara 147(1) berkaitan isu pencen.

"Mula-mula kenaikan gaji diumumkan kerajaan BN untuk kakitangan kerajaan dibatalkan, kemudian mahu kecilkan perkhidmatan awam dengan alasan staf terlalu besar dan tidak baik untuk negara.

"Selepas itu, imbuhan menyambut perayaan dikurangkan, terbaharu mahu menamatkan skim pencen bagi lantikan 2020 digantikan dengan lantikan kontrak, alasannya bayaran pencen merugikan kantung kerajaan,” katanya.

Syed Mohd Johan Rizal kesal apabila sikap kerajaan PH yang seolah menganggap 1.7 juta kaki tangan kerajaan seperti musuh, konon masih setia dengan kerajaan BN terdahulu dan perlu diberikan tekanan.