1.2 hektar kebun sawit terbakar

Iklan
Sebahagian tanah gambut tanaman kelapa sawit terbakar dalam kejadian di Raja Muda Bestari Jaya

BESTARI JAYA - Sebuah kebun sawit seluas kira-kira 1.2 hektar di Raja Musa di sini, terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Penolong Penguasa Bomba, Azril Izaidi Ahamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.58 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai lapan anggota diketuai beliau sendiri bersama sebuah jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kami melakukan teknik fire break (pecah api) pada awal operasi pemadaman dijalankan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kebakaran ketika ini masih berterusan di kawasan itu dan operasi pemadaman ketika ini mencapai 30 peratus.

Katanya, pihaknya menjangkakan operasi pemadaman diteruskan selewat-lewatnya lusa memandangkan kebakaran melibatkan kawasan tanah gambut.

Iklan

"Kita berusaha memastikan pemadaman kebakaran di tanah gambut dilakukan sepenuhnya kerana tidak mahu kebakaran sama berulang," katanya.

Menurut beliau, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran terbabit.

"Operasi pemadaman ditangguhkan sehingga jam 7 malam ini dan operasi disambung semula jam 8 pagi esok," katanya.