PENJAGA gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga bukan penjaga gol utama Sepanyol walaupun menampilkan persembahan cemerlang ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Romania dalam perlawanan Kelayakan Euro 2020, Jumaat lalu.
Pengendali Sepanyol, Robert Moreno menegaskan dia masih belum bersedia mengiktiraf Kepa sebagai penjaga gol utama La Roja.
Iklan
Iklan
Kepa diturunkan dalam empat perlawanan terakhir Sepanyol sejak Moreno mengambil alih pasukan itu daripada Luis Enrique pada Mac lalu.
Posisi itu sebelum ini menjadi milik bintang Manchester United, David de Gea tetapi persembahan buruk penjaga gol berusia 28 tahun itu menyebabkan dia bukan lagi menjadi pilihan di benteng terakhir gergasi Eropah itu.
"Saya tidak mempunyai penjaga gol utama dalam pasukan. Sesiapa sahaja berpeluang untuk terpilih jika bermain dengan baik. Untuk memilih siapa yang bakal diturunkan sama ada Kepa, de Gea atau Pau Lopez juga merupakan satu keputusan yang sukar.
"Mereka bertiga berlatih di peringkat tertinggi dan semuanya hebat. Saya tidak boleh katakan siapa yang jadi pilihan saya,” katanya.
Namun, Moreno mengakui bahawa Kepa mempunyai sedikit kelebihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Sepanyol.