Harimau Malaysia lawan Great Britain untuk tiket Tokyo

Iklan
Foto Bernama
SKUAD hoki lelaki Malaysia kini siap sedia menghadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Tokyo Olympics 2020, setelah diundi menentang pemenang tiga kali pingat emas, Great Britain.

Berdasarkan cabuatan undi dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Thierry Weil di Lausanne, Switzerland hari ini, Malaysia, pada ranking ke-11 di dunia, diletakkan pada pot 3, sementara Great Britain dalam pot 2.

Skuad Harimau Malaysia itu perlu bermain dalam dua perlawanan luar antara 1 hingga 3 November di London, untuk mendapatkan kemenangan agregat bagi menempah tiket Olimpik, selepas beraksi pada edisi Sydney 2000.

Iklan
Iklan

Pasukan Great Britain akan disertai pemain dari nombor tujuh dunia England, Wales (18) dan Scotland (19).

Sekalipun menerima undian yang sukar, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal yakin pasukan Malaysia punya peluang cerah.

Iklan

"Untuk melayakkan diri ke Olimpik, kita perlu sanggup bermain. Ada sebulan setengah untuk persiapan, sekarang ini terpulang kepada para pemain dan jurulatih, untuk pastikan kita sampai ke Tokyo,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan acara cabutan undi di Facebook livestream, di ibu pejabat MHC di sini malam ini.

Pertandingan hoki Olimpik akan berlangsung dari 25 Julai hingga 7 Ogos di Oi Hockey Stadium yang baru dibina, melibatkan 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

Iklan

Japan (lelaki dan wanita) telahpun mengesahkan tempat mereka selaku tuan rumah dan johan Sukan Asia, demikian juga Argentina (lelaki dan wanita), Afrika Selatan (lelaki dan wanita), Belgium (lelaki), Australia (lelaki), Belanda (wanita) dan New Zealand (wanita) yang melayakkan diri sebagai johan benua.

Undian penuh lelaki:

Jerman lwn Austria

India lwn Russia

Belanda lwn Pakistan

Sepanyol lwn Perancis

Kanada lwn Ireland

Great Britain lwn Malaysia

New Zealand lwn Korea Selatan - Bernama