Guan Eng umpama 'kera kena belacan'

Iklan
Video dimuat naik Ka Siong dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa MCA gagal bersuara terhadap kempen boikot produk bukan Islam.

Bahkan, beliau turut menyindir Guan Eng dan menyatakan Ahli Parlimen Bagan itu umpama 'kera kena belacan'.

Iklan
Iklan

"Lim Guan Eng apa hal ini, melenting lagi macam kera kena belacan?

"Pada 2 September lalu saya dah buat kenyataan begitu jelas sekali, tak faham ke atau tak baca?.

Iklan

"Kalau kamu tak baca, bukan salah saya. Tolong baca jangan malas. Saya tanya sendiri dengan (Presiden UMNO) Datuk Seri Zahid (Hamidi), dia kata mana ada UMNO buat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran video dimuat naik dalam laman Facebook beliau malam tadi.

Iklan

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, orang Islam berhak memilih produk halal dan mempertikaikan penguasaan bahasa Melayu Guan Eng sekiranya beliau merasakan kempen itu sebagai boikot barangan keluaran bukan Islam.

"Eh kamu macam tak faham bahasa, kena balik sekolah ambil SPM balik. Bahasa Malaysia kamu faham tak?

"(Antara) boikot dengan seseorang Islam kalau dia rasa was-was hendak beli barangan halal, itu dia punya pilihan.

"Kalau kamu anggap itu sebagai boikot barangan, saya sedih lah," kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu pada hantaran di media sosial malam tadi.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP itu dilaporkan berkata, walaupun UMNO dan Pas menafikan menganjurkan ‘boikot’ itu tetapi kedua-dua parti tersebut menyokong kempen berkenaan.

"Walaupun kempen boikot seperti ini, ia disesali ada parti politik bukan Islam atau bukan Bumiputera seperti MCA atau MIC, yang tanpa segan silu menjatuhkan maruah mereka dengan meneruskan kerjasama politik mereka dengan Pas dan UMNO.

"Setakat ini, mereka tidak berani bantah secara langsung kepada ‘master’ politik mereka dalam Pas dan UMNO," menurut Guan Eng.

Dalam pada itu, Ka Siong menegaskan sebagai kerajaan, Pakatan Harapan berkuasa untuk bertindak sekiranya mendapati kempen ‘boikot’ sebegitu menyalahi undang-undang.

"Kamu sekarang ini kerajaan dan ada kuasa ambil tindakan jika kempen itu sabotaj ekonomi.

"Jangan buat cerita semberono. Jangan reka-reka cerita, tolong. Sekarang nak laga-laga kita kenapa. Kamu tak senang ke hidup secara harmoni?” soalnya lagi.