Koperasi kilang mampu jaga kebajikan pekerja

Iklan
Dari kanan Mukhriz, Abdul Fattah dan Wan Ibrahim ketika meninjau bilik mesyuarat di Bangunan ANGKASA Negeri Kedah di Alor Setar hari ini.

Industri kilang di negara ini kurang beri tumpuan kepada penubuhan koperasi berbanding di luar negara

ALOR SETAR - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bersedia membantu pentadbiran kilang di negara ini menubuhkan koperasi bagi menjaga kebajikan pekerja.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan koperasi mampu mengurangkan kos sara hidup pekerja dan secara tidak langsung menjadi motivasi untuk bekerja dengan lebih baik kerana ada kebajikan kepada golongan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, koperasi turut membantu aspek kebajikan pekerja termasuk mengurus taska, kedai runcit, kelas tuisyen dan pengangkutan kepada anak-anak yang sekolah selain menyediakan pinjaman peribadi.

"Saya fikir koperasi yang ditubuhkan di dalam industri kilang di negara ini sangat kecil dan ANGKASA sarankan mereka menubuhkan koperasi bagi setiap kilang yang besar untuk menjaga kebajikan pekerja," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merasmikan bangunan ANGKASA Negeri Kedah, di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan dan Pengerusi ANGKASA Kedah, Wan Ibrahim Wan Jusoh.

Iklan

Abdul Fattah berkata, perkara tersebut sudah diaplikasikan di kilang negara maju seperti Korea Selatan, Jepun, United Kongdom dan New Zealand.

Beliau dalam ucapannya sebelum itu berkata, pemilikan bangunan komersial antara aktiviti pelaburan yang digalakkan di bawah sektor pembangunan hartanah dan industri binaan yang difokuskan koperasi.

Menurutnya, pada 2018, sebanyak 560 koperasi terlibat dalam sektor pembinaan dan perumahan dengan syer sebanyak RM239.19 juta melibatkan aset berjumlah RM1.272 bilion dan menyumbang perolehan sebanyak RM254.23 juta.

"Berdasarkan pencapaian lebih 1,000 koperasi berjaya memiliki bangunan komersial dan kediaman. Pembelian bangunan oleh koperasi meningkat 37 peratus.

"Bagi tempoh 5 tahun akan datang menjelang 2020, pemilikan bangunan komersial koperasi disasarkan mencecah RM2.10 bilion. Jangkaan ini berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara di antara 5 hingga 6 peratus," katanya.