Polis beri amaran kepada geng basikal lajak, pemilik 'Ysuku'

Iklan
Mohamad (tengah) menyaksikan acara Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Pilah di Dewan Serbaguna IPD Kuala Pilah dekat sini hari ini.

SEREMBAN - Anak-anak muda dinasihatkan agar tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, golongan ini tidak seharusnya terlibat dalam aksi bahaya basikal lajak seperti mana yang tular di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di sini Ahad lalu.

"Kita sedia maklum mengenai perkara tersebut namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Iklan
Iklan

"Saya harap rakyat di negeri ini tidak terlibat dengan perbuatan yang bahaya, jika ada aduan kita akan ambil tindakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan anak-anak muda di negeri ini agar tidak terlibat dengan pengubahsuaian motosikal Yamaha 15ZR atau lebih popular dikenali 'Ysuku' tanpa kebenaran kerana ia menyalahi undang-undang.

Iklan

Mohamad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan diterima mengenai pengubahsuaian motosikal tersebut dan berharap tiada pihak yang melakukan sedemikian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Pilah di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah dekat sini hari ini.

Iklan

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman.

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok kepada Timbalannya, Deputi Superintendan, Syahrul Anuar Abdul Wahab yang kini menjadi pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Pilah.

Haslah yang telah bertugas di IPD Kuala Pilah selama dua tahun akan memulakan tugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN Individu ubah suai motosikal tanpa kebenaran berdepan tindakan sita

Aksi Superman di lebuh raya