Sokong Tun M kekal PM hingga PRU15

Iklan
Sazmi Miah

MACHANG - Bersatu Kelantan menyambut baik cadangan agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kekal memimpin negara sehingga PRU15 akan datang.

Cadangan itu disampaikan perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Pengerusi Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini, sempena Persidangan Agung Tahunan Bersatu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, cadangan itu diutarakan oleh perwakilan Kelantan yang juga Ketua Bahagian Bersatu Bachok, Zulkifli Zakaria yang mahu Dr Mahathir yang juga pengerusi parti itu , kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah berkata, tempoh dua tahun yang diberikan kepada Dr Mahathir terlalu pendek dan tidak adil untuk beliau dengan permasalahan negara yang lebih buruk dari jangkaan.

Iklan

Katanya, cadangan tersebut adalah refleksi hasrat rakyat di akar umbi bagi memastikan Malaysia dibina semula dengan lebih baik sekaligus mengakhirinya dengan kejayaan.

"Kestabilan politik juga antara perkara yang perlu dilihat dan keyakinan pelabur dalam dan luar negara terhadap sebarang perubahan pucuk pimpinan.

Iklan

"Bersatu Kelantan menyokong cadangan itu sekaligus memberi pengiktirafan kepada negarawan ulung itu. Berilah beliau peluang untuk memastikan apa yang beliau mulakan boleh diakhiri menjelang PRU15," katanya di sini, hari ini.