Bungkusan kotak rokok kosong dilancar di Thailand

Iklan
Thailand lancar bungkusan kotak rokok kosong - FOTO AFP

BANGKOK - Thailand melancarkan bungkusan kotak rokok kosong hari ini, negara pertama di Asia memperkenalkan apa yang disifatkan aktivis sebagai cara berkesan mengurangkan keinginan merokok.

Menerusi laporan AFP, pada 2012, Australia menjadi negara pertama mewajibkan produk tempatan dijual tanpa logo jenama berwarna-warni.

Iklan
Iklan

Sejak itu, sebahagian besar negara-negara Eropah telah mengikutinya, termasuk Perancis, Hungary dan United Kingdom.

Pada tahun lalu, Thailand bersetuju mematuhi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan bungkusan kosong itu boleh diperoleh di kedai hari ini secara rasmi.

Iklan

Peniaga mempunyai masa hingga 8 Disember ini untuk menghabiskan stok sebelum berhadapan denda sehingga 40,000 baht (RM5,416).

Pembungkusan yang diseragamkan itu termasuk gambar grafik kesan tembakau ke atas tubuh dan nama jenama bebas logo ditulis dalam bentuk tulisan kosong.

Iklan

Mengekalkan jenis tulisan seragam di bawah gambaran grafik kesan penyakit berkaitan rokok akan menjadikan produk itu kurang menarik kepada pembeli, kata naib pengerusi NGO Southeast Asia Tobacco Control Alliance, Prakit Vathesatogkit.

"Bagi perokok pasif, kanak-kanak, mereka kurang berkemungkinan memulakan tabiat itu,” katanya.

Terdapat lebih 246 juta perokok di Asia Tenggara, para pengiklan mengatakan harga rendah membantu ia menjadi antara rantau pengguna tembakau terbesar dunia.

Di Thailand, kesan kesihatannya dan penyakit berkaitan merokok adalah punca utama kematian.

Malahan Singapura juga dijangka melaksanakan sekatan seumpama itu ke atas pembungkusan tahun hadapan. - AFP