KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah pada pembukaan pagi ini apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman dasar monetari Bank Negara Malaysia esok, kata peniaga.
Pada 9 pagi, ringgit kekal pada 4.1700/1750 berbanding dolar US daripada 4.1700/1730 yang dicatatkan pada penutupan Selasa.