SHAH ALAM - Situasi jerebu di beberapa negeri hari ini dikhuatiri semakin serius apabila empat lagi kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berbanding 18 kawasan semalam.
Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan tersebut masing-masing di Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Selangor.
Keseluruhan 22 kawasan terlibat membabitkan enam di Selangor, tiga masing-masing di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak manakala satu di Pulau Pinang, Perak, Johor serta Pahang.
Rompin, Pahang yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi semalam iaitu 196 (tidak sihat) meningkat kepada 226 pada tahap sangat tidak sihat setakat jam 12 tengah hari tadi.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk bacaan IPU semasa.
INFO
Pulau Pinang
Balik Pulau 110
Perak
Seri Manjung 124
Selangor
Kuala Selangor 120
Klang 132
Johan Setia 177
Banting 130
Shah Alam 141
Petaling Jaya 138
Kuala Lumpur
Putrajaya 152
Batu Muda 133
Cheras 137
Negeri Sembilan
Nilai 155
Seremban 127
Port Dickson 113
Melaka
Alor Gajah 109
Bukit Rambai 106
Bandaraya Melaka 104
Johor
Tangkak, Johor 133
Pahang
Rompin 226
Sarawak
Kuching 147
Samarahan 128
Sri Aman 159