IPOH - Seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh direman lima hari bagi membantu siasatan rasuah melibatkan kes khalwat seorang anggota polis.
Suspek berusia 37 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sesyen/Majistret Ipoh kira-kira jam 11.30 pagi bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).