Kemelut rumah tangga: Nina Fazurina beri ruang kepada suami

Iklan
Nina Fazurina tidak menolak sekiranya jodoh bersama Muhammad Haykal masih panjang.

KUALA LUMPUR - Pelakon, Nina Fazurina memberi ruang kepada suaminya, Muhammad Haykal Zulkifli dalam menentukan hala tuju rumah tangga mereka.

Perkara itu dimaklumkan Nina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Ahmad Muttaqi Ismail pada sebutan kes hari ini.

Iklan
Iklan

Nina Fazurina, 37, memfailkan permohonan cerai sekitar Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Nina Fazurina tidak menolak sekiranya jodoh bersama Muhammad Haykal masih panjang.

Di luar mahkamah Nina Fazurina berkata, mahkamah membenarkan ruang perbincangan namun tarikh akan datang belum ditetapkan.

Iklan

Ditanya mengenai punca pergolakan dalam rumah tangga, pelakon drama Dunia Anita itu enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Muhammad Haykal, 38, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia dan isterinya bekerjasama dalam syarikat produksi mereka sehingga hujung September ini.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan perkahwinan pasangan ini menjadi kontroversi selepas perkahwinan berwalikan bapa saudara Nina Fazurina tanpa pengetahuan keluarga yang diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012.

Nina dan Hykal dinikahkan semula pada 20 Mac 2013 dengan diwalikan adik kandungnya.

Sehingga kini, Nina fazurina memfailkan permohonan cerai tiga kali yang mana dua daripadanya ditarik semula.