Bumbung diubah suai jadi tempat tinggal terbakar

Iklan

KLANG - Dua buah lot kedai terjejas teruk selepas bahagian bumbungnya yang dipercayai telah diubah suai menjadi tempat tinggal terbakar dalam kejadian bersebelahan pusat beli-belah di Jalan Raja Hassan di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, BBP Kota Raja dan BBP Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi kami dapati kebakaran berlaku di tingkat dua bahagian bumbung bangunan yang diubah suai di dua buah lot kedai tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Menurutnya, bahagian bumbung yang ditambah dijadikan tempat kediaman musnah 100 peratus.

Katanya, bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Iklan

"Operasi tamat pada jam 1.10 petang dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.