Tengku Amir Shah berkampung di Sabak Bernam

Iklan
Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Syarikat Sin Hiap Huat dan mengikuti sesi penerangan dan lawatan semaian benih padi.

SABAK BERNAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dijadualkan berada selama tiga hari di daerah ini pada Program Jelajah Sabak Bernam bermula hari ini.

Baginda yang tiba di Sekinchan kira-kira jam 11.50 pagi tadi memulakan lawatan pertama baginda di Syarikat Sin Hiap Huat dan mengikuti sesi penerangan dan lawatan semaian benih padi.

Iklan
Iklan

Baginda yang meluangkan masa kira-kira sejam selepas itu berangkat menikmati santapan tengah hari di Faridah Mentarang, Tali Air 7 Sungai Leman.

Pada sebelah petang, baginda dijadualkan melawat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi pembuatan tempe di Kampung Teluk Rhu dan minyak kelapa dara di Bagan Nakhoda Omar.

Iklan

Baginda kemudiannya ke Jeti Nelayan Bagan Nakhoda Omar menaiki bot dan menyusuri hutan bakau sekitar perairan itu.

Baginda dijangka mengakhiri lawatannya pada hari ini di Restoran Laksa Pantai dan Mi Udang di Pantai Nakhoda Omar sebelum berangkat ke lokasi persemayaman di sebuah inap desa di Sungai Besar.

Iklan