JACKSONVILLE - Simpan kereta di dapur rumah, kedengaran pelik tetapi itu dilakukan oleh seorang lelaki di Florida bagi mengelakkan kereta pintarnya dilindungi dari badai Dorian.
Pemiliknya, Patrick Eldridge berkata, tindakan itu juga bagi membuktikan bahawa dia boleh meletakkan keretanya itu di dapur, lapor AP.
Isterinya, Jessica Eldridge berkata, pada awalnya kereta itu sudah diletakkan di garaj namun suaminya mencadangkan ia dipakirkan sahaja di dalam rumah.
"Saya berkata tidak mungkin boleh. Dia berkata boleh. Jadi, dia membuka pintu dan bawa ia masuk.
"Saya kagum ia boleh muat. Suami berjaya memasukkannya tanpa sebarang masalah," katanya Jessica.
Dengan kereta di tengah-tengah dapur, Jessica Eldridge terpaksa bergerak di sekelilingnya untuk memasak dan menghidangkan makan malam.
Taufan Dorian melanda pantai Florida pada Rabu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Jumlah kematian akibat Taufan Dorian meningkat