Empat amah larikan diri dakwa didera

Iklan

KUALA LUMPUR - Empat pembantu rumah warga Indonesia melarikan diri daripada majikan mereka selepas dipercayai didera dan tidak dibayar gaji sejak setahun lalu.

Difahamkan, kesemua wanita berusia lingkungan 26 hingga 41 tahun itu melarikan diri dari sebuah kondominium di Jalan Pinggir Taman Tun Dr Ismail di sini kira-kira jam 9 pagi kelmarin sebelum mendapatkan bantuan polis.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, salah seorang wanita terbabit bertindak menahan anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, mangsa mendakwa tidak tahan diseksa majikannya antara tempoh enam bulan hingga setahun.

Iklan

"Susulan itu, keempat-empat mangsa terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan perlindungan sementara.

"Bertindak atas maklumat, sebuah agensi pekerjaan di Klang, Selangor diserbu pada hari sama dan menahan seorang wanita yang dipercayai majikan kepada keempat-empat mangsa berkenaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, majikan berusia 41 tahun itu kini direman empat hari sehingga Sabtu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.