Casing edisi khas Athisha paling nipis di dunia

Iklan
ATHISHA KHAN (belakang dari tengah) merakam kenangan bersama peminat dan penganjur sempena Majlis Pelancaran Koleksi terhad Athisha Khan X Casesbywf, baru-baru ini.

INGINKAN casing perlindungan yang trending? Koleksi yang diilhamkan Casesbywf’s Philosophy (Casesbywf) ada jawapannya apabila menghasilkan inovasi casing lebih dinamik dengan rekaan paling nipis di dunia selain lebih 300 gaya pilihan tersendiri.

Dengan harga RM99 sahaja, koleksi Klearlux terbaharu, edisi terhad Athisha Khan X Casesbywf menjadi rebutan ramai sekali gus menjadi casing paling laris selepas dilancarkan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan media Casesbywf, pihaknya mengeluarkan casing dengan kualiti ketulenan dua kali ganda bahan shockproof yang inovatif dan mampu memberi perlindungan optimum.

ANTARA koleksi eksklusif Athisha Khan X Casesbywf.
KOLEKSI terhad Athisha Khan X Casesbywf.

Iklan

"Casing yang dikeluarkan sangat nipis iaitu 10.5 milimeter dan menawarkan perlindungan gred tentera kerana casing telefon pintar itu dilindungi ProtechTM yang membantu mengurangkan kesan rintangan hentaman dan kualiti penyerap kejutan.

"Pada masa sama, ia turut melindungi telefon pintar pengguna daripada kesan calar. Bahkan ruang simpanannya selesa kerana tidak lagi menggunakan casing yang lebih tebal,” katanya.

Iklan

Pelbagai gaya dan nilai estetika tersendiri dalam lebih 300 rekaan mungkin membuatkan pengguna rambang mata untuk edisi terhad yang cukup memikat.

Koleksi terhad Athisha Khan X Casesbywf sebenarnya telah dilancarkan pada 31 Julai lalu dengan kerjasama Youtuber terkenal, Athisha yang merupakan adik selebriti popular negara, Neelofa.

PEMINAT dan penganjur tidak melepaskan peluang merakam kenangan swafoto bersama Athisha Khan.