Sindiket jual MyKad: Pegawai kanan JPN akan didakwa

Iklan

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Seorang pegawai kanan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung dakwaan terbabit dalam sindiket menjual MyKad kepada warga China.

Difahamkan, lelaki berumur 40-an itu yang sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan berdepan beberapa pertuduhan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, media melaporkan beberapa individu termasuk pegawai kerajaan ditahan polis susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada warga China di negeri ini baru-baru ini.

Selain penahanan di negeri itu, operasi khas yang dilancarkan minggu lalu itu turut menahan anggota dan pegawai jabatan sama di Putrajaya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Iklan

Penahanan berkenaan susulan laporan yang dibuat anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri yang mengesan terdapat wanita warga China berusia antara 25 hingga 30 tahun yang memiliki MyKad sah cuba membuat pasport Malaysia.

Bagaimanapun status kewarganegaraan wanita terbabit diragui selepas gagal berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebelum imigresen bertindak membuat laporan polis.

Iklan

Berikutan daripada laporan itu, polis melancarkan operasi sulit dan berjaya menahan beberapa individu yang dipercayai sudah menjual lebih enam keping MyKad sah membabitkan nilai RM350,000.

Difahamkan, operasi sulit itu akan menahan beberapa lagi individu termasuk membongkar sindiket berkenaan.