Perak sumbang RM25,000 kepada isteri Mejar Zahir

Iklan
Nour Shafinar bersama tiga anaknya.

IPOH - Kerajaan Perak akan memberikan sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini, sumbangan berkenaan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas itu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Iklan
Iklan

"Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini meluluskan peruntukan berkenaan.

"Biarpun tidak dapat dibandingkan dengan kepiluan dan kesedihan yang sedang dilalui, ia diharap sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham," kata kenyataan itu.

Iklan

Kerajaan negeri turut mendoakan semoga Nour Shafinar terus dikurniakan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.

"Kerajaan negeri juga bersedia menghulurkan bantuan susulan bagi mengurangkan bebanan beliau dalam membesarkan anak-anak," katanya.

Iklan

Media dimaklumkan, sumbangan berkenaan akan diserahkan kepada balu Allahyarham esok.

Allahyarham Mohd Zahir yang juga anak kepada seniman terkenal AR Badul meninggal dunia, 4 September lalu selepas terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah.

Allahyarham meninggalkan isteri dan lima orang anak.