Projek baru PPR dijenamakan semula, kemudahan dinaik taraf

Iklan
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negara ini akan dijenamakan semula dengan projek rumah mampu milik menawarkan konsep sewaan berbeza dengan PPR sedia ada.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, perlaksanaan itu juga akan menyaksikan unit kediaman PPR mengalami perubahan saiz dan peningkatan kemudahan di persekitarannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelancaran pakej bagi projek tersebut dijangka diumumkan bulan ini.

"Projek ini masih lagi untuk kemudahan golongan B40. Ada nama lain tapi kita akan umumkan nanti.

Iklan

"Dua konsep iaitu sewa beli dan transit. Bagi transit, mereka sewa rumah tetapi selepas beberapa tahun mereka perlu menaikkan taraf hidup mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan dan Pameran Smart Cities Asia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Tambah Zuraida, inisiatif terbaru itu juga akan memberi kemudahan pemilikan kepada penghuni.

Iklan

"Golongan ini biasanya sukar untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

"Jadi bila mereka terlibat dengan rent to own atau transit, mereka boleh masuk ke skim pemilikan kerana bank akan lihat prestasi rekod bayaran sewa mereka dan boleh digunakan untuk sokong kelulusan,” katanya.