Martabatkan tulisan jawi sebagai agenda nasional: Mohd Azmi

Iklan
Mohd Azmi

ALOR SETAR - Sudah tiba masanya kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu serius memartabatkan usaha memperkasakan tulisan jawi sebagai agenda nasional.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tulisan jawi wajar dinasionalisasikan di negara ini kerana ia bukan sahaja khazanah dan budaya negara malah dari aspek bahasa sebutannya lebih tepat terutama ejaan berbanding rumi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekiranya negara maju masih mengekalkan tulisannya sendiri seperti Russia, China, Jepun dan Korea Selatan, kenapa Malaysia tidak boleh menghidupkan semula jawi sebagai tulisan utama dalam pembangunan negara.

"Pelbagai usaha boleh dilakukan antaranya penggunaan tulisan jawi pada kepala surat rasmi kerajaan, papan tanda premis kerajaan dan swasta, latar belakang program rasmi serta nama jalan. Usaha semua agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggunakan tulisan jawi setiap Jumaat adalah permulaan yang positif,” katanya.

Iklan

Mohd Azmi berkata, program semarak tulisan jawi juga perlu digerakkan ke semua institusi pendidikan selain menggalakkan penggunaan tulisan itu pada program di sekolah.

"Tulisan jawi bukan sahaja warisan negara tetapi tulisan yang membina tamadun bangsa yang cemerlang. Ia pernah digunakan sebagai pengantara rasmi pengurusan negara, pendidikan, perdagangan dan perhubungan masyarakat namun dihentikan apabila penjajah menggantikan pendidikan kita kepada sistem Inggeris,” katanya.

Iklan

Menurutnya, namun menghairankan apabila kini wujud prasangka buruk pihak tertentu untuk menjadikan tulisan jawi sebagai warisan yang bermanfaat untuk membina jati diri negara.

"Jika ada pihak melihat tulisan jawi dari sudut perkauman, ia amat dangkal. Tulisan pribumi setiap kaum mempunyai keistimewaan masing masing, termasuk tulisan jawi yang memiliki ciri keunggulan tersendiri,” katanya.

Mohd Azmi berkata, walaupun tulisan jawi hanya dilihat sebagai tulisan daripada sebuah warisan namun melalui tulisan itu, keilmuan Islam dibangunkan.

"Bangsa Melayu seiring dengan penggunaan jawi, kita harus bangga mewarisi ilmu ini dan ia harus dikembangkan. Bukan sekadar usaha kosmetik tetapi hendaklah menjadi agenda nasional merentasi kaum untuk membangunkan semula watak bangsa yang terhakis oleh gelombang globalisasi Barat,” katanya.