Tak pernah menang hadiah besar-besar? Kalau dapat pun setakat hadiah hamper-hamper biasa sahaja. Kasihannya.
Tapi jangan putus asa sebab mungkin kali ini nasib anda bakal berubah. Anda mungkin bergelar pemenang utama yang bakal memiliki sebuah hadiah kereta Proton Persona Executive CVT.
Opps bukan satu tapi dua buah kereta ditawarkan untuk dua orang pemenang. Bestnya kalau menang vroom vroom ni.
Selain kereta, dua buah motosikal Modenas V15 juga ditawarkan untuk dua pemenang hadiah pertama.
Sementara untuk hadiah kedua pula, tiga orang dicari untuk memenangi baucar percutian bernilai RM1, 500.00. Wow, best sangat dah tu.
Itu hadiah utama, pertama dan kedua. Untuk hadiah mingguan pula, RM100.00 baucar MYDIN akan diberikan kepada 60 orang pemenang. Fuyooo, murah hati betulkan Mamee dan MYDIN ni..
Jadi, nak nak tahu macam mana untuk memenangi kesemua hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan ini.
Mudah sahaja, hanya ikut tiga langkah mudah PERADUAN MERIAH KEBANGSAAN MAMEE.
Pertama - Beli produk MAMEE bernilai RM15.00 dan ke atas dalam satu resit dari mana-mana pasar raya Mydin yang turut serta sepanjang dalam tempoh peraduan iaitu 28 Ogos 2019 hingga 13 Oktober 2019. Kemudian, peserta akan diberikan satu borang penyertaan peraduan secara automatik. Untuk makluman, satu resit melayakkan peserta untuk menghantar satu penyertaan WhatsApp.
Kedua - Kira bilangan produk MAMEE di dalam logo ulang tahun MYDIN ke-62 pada banner peraduan di cawangan MYDIN dan Hantar butiran berikut melalui WhatsApp ke 017-8871383:
i. Gambar jelas seluruh resit bercetak tunggal asal;
ii. Jawapan bilangan produk;
iii. Nombor Kad Pengenalan;
iv. Nama penuh seperti Kad Pengenalan.
Ketiga - Simpan resit bercetak asal bertarikh dalam tempoh peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan WhatsApp dan pembungkusan produk MAMEE yang sepadan sebagai bukti pembelian.
Paling best juga, para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan WhatsApp yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan resit tunggal yang berlainan bagi setiap penyertaan.
Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.