PERGOLAKAN rumah tangga pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, sudah diketahui umum apabila isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, 35, memfailkan perceraian.
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam memerintahkan mereka melantik jawatan kuasa pendamai pada 30 September ini.
Terbaharu, menerusi Instagram Sharnaaz, dia memuat naik video dirinya bersama anaknya, Jebat Jayden.
Video itu mendapat perhatian netizen apabila pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta meminta maaf kepada anak kesayangannya.
Katanya, dia berharap anaknya akan faham situasi berkenaan apabila sudah besar dan meminta maaf di atas segala yang berlaku.
"Ba mintak maaf sayang naa @jebatjayden... ba sayang cek dengan nyawa ba... besaq nanti cek faham naa,” katanya.
Video berdurasi 60 saat itu memaparkan momen indah saat kelahiran Jebat bersamanya yang dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu.
Sharnaaz juga memuat naik foto dan kapsyen cukup bermakna buat anaknya.
Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati dan sedih melihat video itu dan mendoakan mereka kembali berbaik semula demi masa depan Jebat.
Kata Corsev4r, terbaik Todak (Sharnaaz) keputusan yang menakjubkan bagi kaum lelaki anda lelaki terhebat.
"Ajal dan maut di tangan tuhan, jodoh dan perpisahan ALLAH tentukan bukan manusia.
"Moga Todak diberikan ketabahan dunia dan akhirat. Fokus kerjaya itu yang penting. ALLAH melihat dan mendengar, besar syurga untuk Todak demi menyelamatkan keluarga tercinta. All the best bro,” katanya.