Pemilik tanah terbiar boleh diambil tindakan undang-undang

Iklan
Sisa bangunan di atas tanah persendirian yang terbiar ini menjadi tempat pembiakan nyamuk dan pembuangan sampah haram.

KUALA LUMPUR - Pemilik yang sengaja meninggalkan tanah mereka dalam keadaan terbiar sehingga memudaratkan penduduk setempat boleh dikenakan tindakan tegas termasuk tindakan mahkamah.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, pihaknya dimaklumkan sekurang-kurangnya 12 lot tanah di Kolam Air di sini diabaikan pemiliknya dan telah diberikan notis pembersihan dalam tempoh 14 hari oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai tujuh pemilik telah membersihkan kawasan mereka, sementara selebihnya gagal berbuat demikian.

"Pembersihan ini perlu dilakukan secara berkala. Keengganan pemilik berbuat demikian menyebabkan risiko pembiakan aedes serta masalah kebersihan dan kesihatan kepada penduduk setempat.

Iklan

Hannah (tiga kanan) bersama wakil MPP, DBKL dan Alam Flora melakukan kerja pembersihan di Kolam Air hari ini.

"Mengambil kira aduan awam, DBKL boleh membersihkan kawasan tersebut namun kos pembersihan itu perlu ditanggung pemilik tanah," katanya selepas turun padang bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 6 Parlimen Segambut, DBKL dan Alam Flora membersihkan tanah kosong di Kolam Air di sini hari ini.

Iklan

Hannah menjelaskan, isu bangunan dan unit kediaman terbiar di kawasan itu juga sedang dalam penelitian bagi kerja perobohan.

Sisa bangunan di atas tanah persendirian yang terbiar ini menjadi tempat pembiakan nyamuk dan pembuangan sampah haram.

"Boleh lakukan perobohan, namun kena ikut prosedur. Keutamaan masalah di sini adalah kebanjiran warga asing, jika ada struktur terbiar ini berkemungkinan akan menyebabkan masalah sosial seperti tempat penagihan dadah.

"Saya harap pemilik boleh memagar tanah dan pantau lot mereka, bukan hanya datang bersih bila terima surat. DBKL ambil 12 lot terbiar ini untuk pemantauan, saya yakin jumlahnya lebih daripada itu," katanya.