Pas tidak akan tunduk desakan

Iklan
Ahmad Samsuri. - Foto: Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)

KUALA TERENGGANU - Pas tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan usaha kerjasama UMNO dan Pas menjelang Himpunan Perpaduan Ummah (HPU914) Sabtu ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia termasuk membangkitkan semula isu lama seperti dakwaan bahawa 'Pas mengkafirkan UMNO'.

Iklan
Iklan

"Fakta pertama yang perlu difahami ialah Pas tidak pernah kata UMNO kafir sama ada dulu atau sekarang. Pada saya, Presidan Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau tak pernah sebut perkara sedemikian.

"Jika ada yang bercakap, ia atas kapasiti individu. Jika perkara itu tidak betul, maka pihak yang menyebutnya haruslah bertanggungjawab dengan ucapan mereka. Kita tak boleh nak halang orang lain memberi sebarang komen,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi Walk Through Bengkel Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promenade di sini.

Iklan

Ahmad Samsuri berkata, desakan oleh beberapa pihak yang ‘menghangatkan’ kembali isu itu juga sudah terkeluar daripada topik kerjasama Pas dan UMNO.

"Kita lebih berminat untuk bergerak ke depan. Kalau nak cerita hal yang telah berlaku macam-macam kita boleh korek balik, tapi ia bukan langkah untuk selesaikan masalah,” katanya.

Iklan

Ahmad Samsuri bagaimanapun tidak menafikan dakwaan bahawa Pas dan UMNO adalah dua parti yang tidak sebulu sejak sekian lama.

"Saya rasa bukan Pas dan UMNO sahaja yang mempunyai rekod tidak sebulu, parti lain pun begitu, hatta UMNO atau Perdana Menteri. DAP pun sama. Tiada istilah kawan selama-lamanya atau musuh selama-lamanya.

"Masing-masing ada misi dan pelan strategik. Kerjasama ini merupakan signal yang tak baik kepada pihak lawan. Bagi kami, akan terus dengan misi kami untuk melihat ke depan apa yang perlu diubah,” katanya.