Ambil peduli isu penderaan kanak-kanak

Iklan
Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu ada sikap ambil peduli dalam menangani isu penderaan kanak-kanak khususnya yang dilakukan dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, tindakan pantas melaporkan aduan kepada pihak berwajib boleh menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus menjadi mangsa dera.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau mengakui berdepan cabaran melibatkan kes dera dalam kalangan ahli keluarga kerana isu tersebut tidak dilaporkan.

"Jika hantar ke taska, kita ada garis panduan. Malah pengasuh yang jaga lebih daripada empat kanak-kanak juga perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Iklan

"Tapi apabila melibatkan anak-anak yang dijaga saudara sendiri, itu yang jadi masalah.

"Kebanyakan kes dera pula adalah melibatkan keluarga sendiri," katanya yang ditemui pada program turun padang di Kolam Air di sini hari ini.

Iklan

Susulan itu, Hannah berkata, kementerian mengambil langkah meningkatkan kesedaran awam berkaitan isu penderaan dan saranan memilih pengasuh yang berdaftar.

"Tahun lepas kementerian ada melancarkan infografik bagi tujuan mendidik masyarakat mengenai panduan memilih pengasuh.

"Dalam masa sama kerajaan meneruskan usaha menyediakan taska dalam kawasan tempat kerja bagi memudahkan ibu bapa membuat pemantauan.

"Melalui peruntukan RM10 juta, sebanyak 66 taska ditubuhkan yang memfokuskan bangunan agensi kerajaan di mana 18 daripadanya tertumpu di kawasan hospital," katanya.

Bagaimanapun katanya, dalam menangani isu penderaan, semua pihak perlu lebih peka dengan psikologi anak-anak dan membuat aduan jika wujud unsur penderaan.