Tengku Puteri Jihan terharu sokongan terhadap Raja Permaisuri

Iklan

SHAH ALAM - Puteri bongsu Yang Dipertuan Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah menghargai sokongan netizen selepas bondanya menyahaktifkan akaun Twitter @cheminahsayang hari ini.

Tengku Puteri Jihan Azizah melalui Twitter miliknya turut menzahirkan rasa terharu atas sokongan #AmpunTuanku.

Iklan
Iklan

"Terima kasih semua untuk kata-kata yang baik ini #AmpunTuanku," tulisnya hari ini.

Awal pagi tadi, netizen menzahirkan rasa terkejut selepas Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Twitter baginda.

Iklan

Tidak dapat dipastikan mengapa Raja Permaisuri Agong bertindak menutup akaun Twitternya namun beberapa individu dikenal pasti antaranya Firdaus Asraf menjadi penyebab Tuanku berbuat demikian.

Tindakan pengguna Twitter itu turut mendapat respon bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Iklan

Musa menegaskan, tindakan tegas perlu diambil polis termasuk menahan individu terbabit di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan golongan 'kurang ajar' ini terus 'naik lemak'.

Malah netizen turut menggerakkan kempen #AmpunTuanku sambil mengharapkan baginda mengaktifkan semula akaun Twitternya.

Selepas dikecam, Firdaus Asraf melalui akaun Twitternya, @frdsasrf membuat permohonan maaf sambil menjelaskan dirinya sebagai derhaka.