Fenomena bulan Purnama unik atau 'Harvest Moon' akan muncul malam ini

Iklan
Harvest Moon (contohnya digambarkan) mendapat namanya kerana petani mampu bekerja lewat malam kerana cahaya bulan.

FENOMENA bulan purnama unik atau Harvest Moon akan muncul buat pertama kali dalam tempoh 19 tahun dan ia juga kelihatan lebih kecil daripada biasa.

Bulan purnama tersebut yang paling hampir dengan ekuinoks musim gugur pada bulan September akan menerangi langit malam pada malam ini dan esok di sesetengah kawasan untuk kali pertama sejak 13 Oktober 2000.

Iklan
Iklan

Masa terbaik untuk melihatnya bergantung kepada zon waktu dan tempat terbaik untuk melihat fenomena bulan penuh ini adalah lokasi terbuka.

Selain itu, corak cuaca hari itu juga akan membantu menentukan tempat untuk mendapatkan pemandangan yang sempurna.

Iklan

Menurut Farmers Almanac yang menyediakan ramalan kaji cuaca jangka panjang, fenomena itu berlaku secara purata pada setiap 20 tahun.

Walaupun fenomena ini hanya berlaku sekali setiap dua dekad, itu bukan satu-satunya sebab bulan penuh pada tahun ini adalah berbeza.

Iklan

Tahun ini bulan hampir bertepatan dengan apogee atau titik di orbit planet ketika ia berada pada jarak 405,715 kilometer dari Bumi.

Jarak itu akan menjadikan bulan 14 peratus lebih kecil dan merupakan sebab mengapa sesetengahnya merujuknya sebagai 'Micro Moon'.

Fenomena bulan purnama ini mendapat namanya kerana para petani mampu bekerja lewat malam kerana diterangi cahaya bulan. - Agensi

Harvest Moon akan muncul pada hari esok dan lusa.