Jerebu: Petani disaran guna alternatif, elak pembakaran terbuka
Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama
ALOR SETAR - Petani di Kedah dinasihat tidak melakukan pembakaran jerami padi, sebaliknya menggunakan kaedah alternatif bagi mengelak peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri, Simon Ooi Tze Min berkata, pihaknya memahami pada masa ini adalah musim menuai dan aktiviti pembakaran jerami kebiasaannya dilakukan sebelum proses menanam semula padi.
Iklan
Iklan
"Tapi di Kedah kini, keadaan semakin tidak baik kerana dua kawasan di selatan Kedah iaitu Kulim dan Sungai Petani hari ini mula mencatatkan peningkatan bacaan IPU daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.
"Kalau boleh buat masa ini, elakkan aktiviti pembakaran terbuka agar keadaan tidak bertambah buruk dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar agar kesihatan mereka tidak terjejas,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Iklan
Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga 12 tengah hari ini, Kulim mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 111, manakala Sungai Petani (113).
Sementara itu, kawasan-kawasan lain di negeri ini masih mencatatkan bacaan IPU sederhana.
Iklan
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam