Tulang bahu kiri anak Afzan patah

Iklan
Pelakon, Afzan A. Rahman

ANAK kepada pelakon Afzan A. Rahman, Anggun Nur Carissa, 5, patah tulang bahu kiri ketika bermain Ice Skating di Sunway Pyramid, kira-kira jam 7.30 malam, Isnin lalu.

Menurut Afzan, 38, kejadian malang yang menimpa anak perempuannya itu akibat dirempuh individu dewasa kerana hilang kawalan.

Iklan
Iklan

"Isnin lalu saya baru pulang daripada Jom Heboh di Kota Kinabalu, Sabah.

"Dah beberapa hari tinggalkan anak, nak beli jiwa dialah, itu yang bawa main Ice Skating.

Iklan

"Kejadian berlaku sewaktu saya keluar dari arena untuk berehat, tapi dia bersama sepupu yang lain. Tiba-tiba ada seorang individu dewasa hilang kawalan dan merempuh dengan laju,” luah Afzan.

Tambah Afzan dia berasa kesal dan kasihan akan anak perempuannya kerana masih kecil sudah berdepan dengan kesakitan sebegitu.

Iklan

"Nak simen pun tak boleh sebab di bahagian bahu. Jadi doktor hanya beri ubat tahan sakit dan perlu jumpa lagi seminggu untuk tengok perkembangan tulang yang patah,” ujarnya.