KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung pembelian sebuah rumah di Rawang.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap S R Kavitha, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.