Muslimat yakin BN tak akan 'sengat' semula Pas

Iklan
Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad, Ketua Dewan Muslimat Pas dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan serta ahli-ahli Wanita UMNO, Puteri UMNO, Dewan Muslimat Pas dan Ameerah Pas bergambar bersama selepas sesi Tadabbur Surah As-Saff pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) UMNO-Pas di PWTC di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Muslimat Pas yakin parti itu tidak akan 'disengat' semula oleh UMNO seperti yang berlaku pada 1977.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, apa diperjuangkan oleh kedua-dua parti yang pernah menjadi seteru politik itu adalah demi survival Islam.

Iklan
Iklan

"Bagi Pas, apa yang utama sekarang ialah survival Islam itu sendiri. Itu yang penting, jadi kita melangkah (menjalin kerjasama dengan UMNO) kerana ALLAH.

"Apa yang Pas buat (menjalin kerjasama dengan BN), Insya-ALLAH. Pada kami tidak salah dari sudut al-Quran dan sunnah. Pas akan redah kerana ALLAH," katanya pada sidang akhbar Himpunan Wanita Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Iklan

Turut serta, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad; Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Ketua Pengarah Ameerah, Zuraida Md Nor.

Mengulas lanjut mengenai percaturan Dewan Muslimat Pas bagi memastikan sejarah parti itu keluar BN pada 1977 tidak berulang, Nuridah berkata, semua pihak termasuk ahli Pas dan UMNO telah bergerak ke hadapan untuk memastikan penyatuan ummah terlaksana dengan jayanya.

Iklan

Untuk rekod, Pas pernah menyertai BN pada 1973 namun disingkirkan selepas empat tahun.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini berkata, kerjasama Pas-UMNO tidak akan kekal lama meskipun diperkuat menerusi Himpunan Penyatuan Ummah (HPU).

Ini kerana katanya, kedua-dua parti itu memecahbelahkan ummah dengan saling kafir-mengkafir selepas kegagalan kerjasama pada tahun 1980-an.

"Seperti juga perkahwinan UMNO-Pas yang lepas, perkahwinan kali ini juga akan terburai. Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu.

"Apabila strategi politik itu tidak menjadi dan mereka berbalah, mereka akan kembali kafir-mengkafir seperti dulu,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama UMNO-Pas akan terburai, kata Rafizi

Penyatuan UMNO-Pas: PWTC diselimuti rona putih

Ungkit kisah lama Pas-UMNO umpama gila talak, kata Hadi