Mekanik didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri

Iklan
Tertuduh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.

MELAKA TENGAH - Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas tiga tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas anak tirinya berusia 14 tahun sejak tahun lalu.

Tertuduh berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya dengan cara menyentuh buah dada dan kemaluan mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Iklan

Bagi satu lagi pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang sama di lokasi yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minima lima tahun dan maksima 30 tahun serta sebatan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bukit Serindit pada Mac dan Julai tahun lalu serta 31 Ogos lalu.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim meminta mahkamah tidak memberikan jaminan dengan alasan mangsa adalah anak tiri tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan diberikan kepadanya memandangkan dia menanggung ibu dan bapa yang uzur.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan tertuduh untuk tidak mengganggu atau mendekati mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 14 Oktober depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.