Jualan tanjak jadi tumpuan di Himpunan Penyatuan Ummah

Iklan
Alif menjual tanjak dengan harga RM30 pelbagai saiz di gerai jualan Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) turut menyaksikan pelbagai jenis barangan dijual dan antara yang menjadi tumpuan adalah tanjak.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat kira-kira enam gerai menjual tanjak antara RM30 hingga RM80 setiap satu.

Iklan
Iklan

Salah seorang penjual tanjak, Alif Hassan, 32, berkata, dia menawarkan jualan tanjak memandangkan ia kini mendapat permintaan tinggi kerana seakan menjadi trend.

Alif menjual tanjak dengan harga RM30 pelbagai saiz di gerai jualan Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Iklan

Menurutnya, HPU juga dihadiri majoriti orang Melayu menjadikan tanjak identiti bangsa Melayu sendiri.

"Jualan lebih daripada yang disasarkan. Saya juga menjual dengan harga mampu milik, RM30. Jadi semua orang mampu.

Iklan

"Kita mahu hidupkan semula budaya pemakaian tanjak ini. Kita mahu sehingga tahap orang tidak akan pelik apabila melihat orang memakai tanjak,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Antara gerai lain yang turut menjual tanjak dengan menawarkan pelbagai jenis warna dan corak.

Bagi salah seorang pengunjung, Tuminah JB Lok, 58, budaya pemakaian tanjak secara tidak langsung dapat menguatkan jati diri anak Melayu.

"Jika orang Arab dengan serbannya, tanjak pula boleh menjadi identiti orang Melayu kerana ia juga melambangkan peribadi Melayu Nusantara,” katanya.