Israel roboh karavan Palestin di Tebing Barat

Iklan
Seorang wanita dan dua anak kecilnya hilang tempat tinggal selepas tentera Israel memusnahkan karavan keluarganya di Al-Khalil.

RAMALLAH - Tentera Israel merobohkan beberapa buah karavan yang dijadikan rumah bergerak oleh penduduk Palestin di pekan Masafer Yatta di selatan Tebing Barat kelmarin.

Tindakan itu menyebabkan sebahagian penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak hilang tempat tinggal dan terdedah kepada cuaca panas.

Iklan
Iklan

Israel sering mengemukakan alasan tiada permit sebagai taktik merobohkan struktur binaan atau kediaman Palestin di Tebing Barat.

Namun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa ia sebenarnya muslihat Israel bagi mengembangkan penempatan Yahudi di wilayah majoriti Palestin. - Agensi

Iklan
Iklan