ADUN Buntong ugut bongkar rahsia DAP Perak

Iklan

IPOH - DAP Perak terus dilanda gelora apabila kali ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam mengugut mahu membongkarkan rahsia berkaitan parti itu.

Ugutan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh yang mendedahkan ahli jawatankuasa DAP Perak menyokong penuh pengerusi mereka, Nga Kor Ming.

Iklan
Iklan

Menurut Sivasubramaniam, teguran dibuat kepada Kah Woh supaya sebarang masalah perlu diselesaikan secara dalaman parti tanpa membuat sebarang kenyataan kepada media.

"Saya menasihatkan semua pihak supaya jangat buat sebarang kenyataan jika sesuatu isu itu belum dibincangkan terdahulu dalam parti.

"Tiada sesiapa pun boleh mewakili sesiapa untuk membuat kenyataan jika sesuatu isu itu belum mendapat persetujuan dalam parti.

Katanya, segala masalah dalam parti perlu diselesaikan di peringkat dalaman parti sahaja.

Iklan

"Jika tindakan ini berterusan, saya juga akan mengambil langkah untuk membongkarkan segala-galanya yang sebelum ini saya tidak ingin bongkarkan.

"Tetapi, jika keadaan mendesak, maka saya akan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan media semalam.

Dalam pada itu Sivasubramaniam turut menasihati Kah Woh supaya tidak membuang masa membuat kenyataan media yang memihak kepada mana-mana individu demi mencapai agenda politik peribadi.

Iklan

Menurutnya, tumpuan harus diberikan terhadap usaha menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Adalah menjadi lumraha apabila terdapat perbezaan pendapat dalam organisasi. Sebab itu saya nasihatkan supaya jangat buat sebarang kenyataan jika sesuatu isu itu belum dibincangkan dahulu dalam parti.

"Oleh itu, saya sekali lagi menasihatkan Kah Woh supaya berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan media pada masa akan datang," katanya yang juga Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak.

Terdahulu, Kah Woh dalam kenyataannya berkata, ahli Jawatankuasa DAP Perak akan memberikan sokongan penuh kepada pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming untuk terus memimpin parti itu di negeri ini.

ARTIKEL BERKAITAN: AJK DAP Perak sokong Kor Ming terus terajui parti