Lima keluarga hilang tempat tinggal, kebakaran rumah panjang

Iklan

MUKAH - Seramai 36 penghuni daripada lima keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka di Kampung Pinang, Sebakong kira-kira 27 kilometer dari sini ranap dalam kebakaran lewat malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, panggilan kebakaran tersebut yang melibatkan Rumah Tingang Anjang sepanjang lima pintu itu diterima pada jam 11.56 malam.

Iklan
Iklan

Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan, satu pasukan dengan kekuatan enam anggota diketuai Nasir Drahman bersama sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba menggunakan sumber air terbuka untuk memadamkan kebakaran tersebut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.

Iklan

Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Iklan